Antara isu keutamaan yang diberi tumpuan khusus oleh Jawatankuasa Penaja Penduduk Fasa 3A Jalan Platinum sewaktu mula dibentuk pada 2005 ialah pentingnya mendaftarkan persatuan dengan pihak berkuasa.
Syukur Alhamdulillah, berkat kesungguhan, komitmen dan kesudian semua jiran tetangga, matlamat ini berjaya dicapai dengan cemerlangnya dalam tempoh waktu yang disasarkan.
Kita yakin dengan platform persatuan penduduk yang berdaftar secara sah dengan pihak berkuasa, segala aktiviti kita akan lebih mudah dilaksanakan dan berkesan.
Kejayaan ini juga membuktikan penduduk di Fasa 3A ini mampu mencapai kata muafakat dan komitmen dalam melaksanakan sesuatu program, misalnya dalam sasaran mendaftarkan persatuan ini. Ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan, sebagaimana terjadi kepada sebilangan perwakilan penduduk lain yang sehingga ke hari ini belum dapat mendaftar pun persatuan.
Namun, penduduk Fasa 3A telah membuktikan segala rintangan, halangan dan cabaran boleh diatasi serta ditangani sehingga sijil itu diperolehi. (Click pada gambar untuk membesarkan dokumen)
Nama Platinum Villa diilhamkan oleh Sdr Hussain Mian, selaku pengerusi penaja persatuan penduduk bagi memberi kita satu identiti khusus dan cepat dikenali apabila berhubung dengan pihak lain. Insyallah, ada satu cadangan untuk membina satu papan tanda Platinum Villa di simpang utama Jalan Platinum 7/44 yang mungkin memerlukan undi persetujuan penduduk sebelum boleh dilaksanakan kelak.
No comments:
Post a Comment