JENAYAH BERLELUASA DI PLATINUM (23 Mei 2010)

Tajuk di atas agak kasar dan menakutkan tetapi bukan direka-reka. Sebaliknya, ia adalah fakta dan hakikat sebenar masalah sosial yang kita hadapi sekarang, sama ada anda sedar atau tidak.
Terdapat tiga kes jenayah besar berlaku sejak bulan April hingga Mei ini.
.
1) Ragut di Jalan Platinum 7/45B. Pertengahan April.
Dua lelaki membonceng motosikal mengekori seorang penduduk (wanita) yang menghantar anak jiran di lorong itu dan bertindak memecah tingkap kereta sebelah kiri ketika wanita tersebut masih di tempat memandu. Beg tangannya dilarikan.
.
2) Ragut di Jalan Platinum 7/44
Modus operandi serupa, dua lelaki membuka pintu kereta penduduk (juga wanita) dan cuba meragut beg tetapi wanita berkenaan berjaya menahan. Ketika pergelutan, dua lelaki itu tidak mengetahui bahawa suami wanita tersebut berada di simpang jalan. Suami lelaki itu mengejar mereka hingga di hadapan restoran Cucur sebelum merempuh mereka. Seorang lelaki lari ke kanan, seorang lagi menghala ke Pasaraya Ali di mana dia berjaya dikepung sebelum ditahan.
.
Kejadian ini berlaku kira-kira 10 hari selepas kejadian pertama di atas dan terjadi pada waktu siang.
.
3) Pelajar wanita diserang di bilik kuliah Surau Al-Mawadah
Ia dilaporkan berlaku minggu lepas, pada kira-kira pukul 8 pagi. Pelajar ini tinggal di Danau Emas (apartmen hadapan surau) dan sedang menunggu rakannya datang menjemputnya. Sementara menunggu, dia dikatakan menuju ke surau. Di situ dia diekori oleh seorang lelaki yang kemudiannya mengacu pisau ke lehernya dan merompak rantai emas dan wang dompetnya. Lelaki itu kemudian memaksa pelajar ini melakukan seks oral terhadapnya. Difahamkan polis menemui kesan air mani lelaki tersebut. Lelaki bertubuh gempal, berkulit gelap dipercayai menaiki kereta Naza Bestari.
.
Selain kes-kes besar di atas, kadar kecurian kecil juga meningkat. Seorang jiran di Jalan Platinum 7/44 mengadu kedua-dua keretanya dipecah tingkap, semata-mata untuk mencuri smart tag. Oleh itu, anda semua disaran supaya menyorokkan alat tersebut. Kecurian kasut juga menjadi-jadi.
.
Jiran-jiran semua disaran supaya mengamalkan prinsip kejiranan yang sebaik-baiknya. Mungkin anda sibuk atau kurang senang jiran sebelah anda membela kucing atau anjing tetapi memadai jika anda mengenalinya. Ini kerana dengan mengenali siapa jiran, anda akan tahu siapa orang yang berlegar di hadapan rumah anda (dan jiran anda) sama ada jiran atau orang asing.
.
Jawatankuasa Penduduk sedang berusaha mencari kaedah terbaik untuk mengurangkan masalah jenayah di kawasan kita. Maklum balas daripada pihak tuan juga amat diharapkan.
Antara cadangan awal ialah :

a) Melantik agensi keselamatan mengadakan rondaan 24 jam. Ini melibatkan kos. Dan tidak semestinya dapat membasmi jenayah sama sekali. Tetapi dengan adanya pengawal di siang hari tatkala ramai kaum lelaki tiada di rumah, ia diharap boleh `mengurangkan sikit hasrat' penjenayah untuk menyerang.


Untuk kos, disaran supaya semua penduduk memberi kerjasama. Jika penyewa merasakan dia tidak berhak membayar, mereka diminta berfikir bahawa selagi mereka menyewa di sini, tanggungjawab keselamatan adalah milik bersama. Dan jangan fikir, penyewa tidak terdedah kepada risiko dirompak. Jangan sudah terhantuk, baru nak mencari jawatankuasa penduduk. Masa itu, kita rujuk kepada polis sahajalah.


b) Menutup 4 akses laluan bermula jam 10 malam hingga 7 pagi. Ini memerlukan kerjasama dan persefahaman tinggi daripada semua penduduk. Ini kerana dengan hanya satu aduan, program ini boleh dibatalkan oleh MBSA. Dengan menutup akses, kita boleh mengawal aliran keluar masuk untuk penjenayah, walaupun pada masa yang sama, dirasa menyekat kebebasan penduduk. Bagi yang belum `terkena', bantahan dijangka besar. Bagi yang sudah `terkena', mereka ini dijangka lebih memahami.


c) Program Gotong-Royong : bertujuan serampang dua mata iaitu membersihkan kawasan sekeliling daripada ancaman penyakit terutama denggi, dan pada masa sama, menyemai sikap hormat-menghormati dan mengeratkan silaturrahim sesama penduduk. Sasaran pelaksanaan projek ialah awal Ogos 2010.
.
Jika anda ada saranan lain, sila e-mel kepada 7platinum@gmail.com atau facebook/sevenplatinum ShahAlam

21 Mei 2010 : akaun Facebook

  1. Memenuhi keputusan mesyuarat AJK Persatuan Penduduk Platinum Villa bertarikh 8 Mei 2010, maka hari ini satu akaun telah diwujudkan dalam Facebook sebagai satu lagi saluran untuk para penduduk, jiran tetangga saling berkomunikasi mengenai hal ehwal kejiranan.

  2. Kepada anda yang belum lagi disambungkan, silalah lawat
    facebook.com/SevenPlatinum ShahAlam

  3. PPPV telah mengatur beberapa program kejiranan seperti keselamatan dan gotong-royong sebelum Ramadan ini. Sila ikuti makluman-makluman terkini yang akan disebarkan dalam masa terdekat ini.


    Sekian.

GOTONG-ROYONG BASMI DENGGI

Persatuan Penduduk Platinum Villa dengan sukacitanya mengumumkan pelaksanaan program gotong-royong membasmi tempat pembiakan nyamuk denggi di kawasan perumahan kita pada :
TARIKH : 9 OGOS 2009 bersamaan dengan Ahad
MASA : 8 PAGI
Usaha-usaha sedang giat dilakukan bagi mendapatkan sokongan dan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam konteks peralatan, tong sampah dan sebagainya.
Sila layari blog ini lagi atau periksa emel anda untuk perkembangan terkini.
Bagi yang belum mendaftarkan emel, sila hantar emel anda kepada 7platinum@gmail.com
Sekian, harap maklum.



Yang benar,


Pen. Setiausaha PPPV

TERKINI!

Berikutan jadual Datuk Bandar yang penuh bulan Ogos ini, jawatankuasa bersetuju untuk menangguhkan program ini ke bulan Oktober nanti. Insyallah. Harap maklum.

5 ogos 2009

USUL PENYERAPAN FASA 3 KE DALAM PERSATUAN PENDUDUK PLATINUM VILLA

Puan-puan dan Tuan-tuan sejiran tetangga yang dihormati sekalian,

  1. Pertamanya, kami memohon maaf atas kelewatan membalas e-mail-email yang dihantar dan kami akui komitmen agak lemah dalam mengendalikan aktiviti persatuan sejak setahun ini.

  2. Begitu pun, kami berazam untuk memperkasa semula Persatuan Penduduk ini, dengan perkenan dan kerjasama anda semua.

  3. Saya selaku Penolong Setiausaha, telah menyatakan kepada beberapa Ahli Jawatankuasa sedia ada agar diteruskan cadangan lama iaitu supaya digabungkan Persatuan kita iaitu Fasa 3A dengan penduduk Fasa 3.

  4. Ini bagi memudahkan usaha penyelarasan daripada segi keselamatan kerana pintu masuk kita saling berkaitan, selain matlamat mengeratkan lagi sesama jiran tetangga.

  5. Maka itu, diharap tuan-tuan dan puan-puan boleh memberi pandangan dalam hal ini, sebelum kita bawa ke tahap seterusnya iaitu rundingan langsung dengan wakil penduduk Fasa 3, dan kemudian, satu perhimpunan besar diadakan bagi melantik AJK baru.

  6. Sekian, harap makluman segera anda dengan menghantar e-mel ke 7platinum@gmail.com


Yang benar, Penolong Setiausaha PPPV
5 Mei 2009

Kantin sekolah diarah tutup (Siar 21 April 2009)

SHAH ALAM 20 April - Pejabat Kesihatan Daerah Petaling Jaya mengarahkan supaya kantin Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 di sini ditutup berikutan tujuh muridnya mengalami keracunan makanan pada Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor, Dr. Zahri Aziz berkata, penutupan itu bermula sehari selepas kejadian itu sehingga 1 Mei ini.

"Penutupan dilakukan bagi memantau kerja-kerja pembersihan kantin dengan kerjasama Pejabat Kesihatan sehingga mencapai tahap yang sepatutnya sebelum ia dibenarkan dibuka semula.

"Pegawai Jabatan Kesihatan juga telah mengambil sampel makanan di kantin sekolah itu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zahri menyarankan ibu bapa menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak demi menjamin kesihatan mereka sepanjang berada di sekolah.

Dalam kejadian Khamis lalu, sekumpulan murid mengalami sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit setelah membeli burger pada waktu rehat di kantin sekolah berkenaan.

Ekoran itu, mereka terpaksa dikejarkan ke klinik berdekatan oleh guru sekolah terbabit.

© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

PERSATUAN PENDUDUK TIADA TERBABIT DENGAN PELANTIKAN AGENSI KESELAMATAN

11 Januari 2009

Kepada:
Semua penduduk Platinum 7/44-7/47

Merujuk kepada perkara di atas, kami ingin menarik perhatian jiran tetangga semua mengenai usaha sebuah agensi keselamatan yang kini giat mengetuk pintu rumah kita satu demi satu - menawarkan perkhidmatan mereka.

Dalam aspek ini, jawatankuasa persatuan ingin menegaskan bahawa kami tidak terbabit secara langsung atau tidak, dengan kegiatan agensi ini. Kami juga tidak ada `endorsed' kegiatannya. Maka itu, sebarang liabiliti di kemudian hari tidak boleh dikaitkan dengan jawatankuasa penduduk.

Pendirian kami ialah ia terserah kepada pemilik secara individu untuk melantik agensi tersebut. Sebenarnya cadangan untuk melantik agensi keselamatan telah lama dicadangkan dan diperhalusi.

Menerusi perbincangan yang dibuat, jawatankuasa memutuskan supaya jika sesebuah agensi hendak dilantik ia hendaklah :
1) Mendapat persetujuan SELURUH penduduk berjumlah 157 unit di Platinum 7/44-7/47.
2) Agensi yang hendak dilantik, harus melalui proses tender terbuka.
3) Syarat-syarat ditetapkan secara rundingan bersama antara penduduk dengan agensi, dan dinasihati Polis Diraja Malaysia.

Memandangkan ketika cadangan ini dikemukakan pada sekitar 2006, kami tidak menerima sokongan mencukupi daripada kalangan penduduk, maka idea ini ditangguhkan dulu.

Seandainya para penduduk merasakan perlu jawatankuasa penduduk menganjurkan mesyuarat khusus bersama semua 157 pemilik/ penyewa, maka silalah buat usul.

Insyallah, jawatankuasa bersedia melakukannya kerana soal keselamatan adalah intipati penting dalam kehidupan kita di Platinum dan pada masa yang sama, tidak mahu kita dieksploitasi oleh mana-mana pihak.

Sila hantar saranan anda ke : 7platinum@gmail.com atau layari blog http://7platinum.blogspot.com/

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,

Pen. Setiausaha

Penduduk Platinum Villa adakan majlis korban

Berita ini disiarkan pada 15 Disember 2008, halaman 27 akhbar Utusan Malaysia.


SHAH ALAM Persatuan Penduduk Platinum Villa di Jalan Platinum 7/44 hingga 47 di sini mengadakan majlis korban dua ekor lembu pada Khamis lalu bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Pengerusi persatuan itu, Tamyet Salamon berkata, acara itu adalah kali kedua dianjurkan oleh persatuan yang melibatkan kawasan perumahan yang terdiri daripada 157 unit rumah di situ.
Menurutnya, sebanyak dua ekor lembu dikorbankan yang dagingnya kemudian diagih-agihkan kepada penduduk dan golongan asnaf yang terpilih.
"Selain melaksanakan ibadah agama, acara ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk Platinum Villa.
"Pada sebelah malam, kami adakan pula kenduri dan ia membuka peluang untuk berkenalan, bermesra dengan jiran lama dan baru.
''Dengan kaedah ini, kita boleh mengukuhkan silaturahim dan juga mengurangkan risiko jenayah curi atau pecah rumah di kawasan ini," kata Tamyet.

Anda juga boleh klik di bawah ini untuk ke laman web utusan.com.my :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1215&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_10.htm&arc=hive



© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

KEMERIAHAN ACARA KORBAN LEMBU DAN KENDURI AIDILADHA 11 DISEMBER 2008 DI PLATINUM VILLA

Aki nikahkan dikau... ehhh aku terima kurban daging lembu ni...

Koboi-koboi Platinum stand by nak terkam lembu...

Hussain : Eh Zainol... tolonglah pegang kaki lembu tu ...
Zainol : isssyhhh.... aku tak leh tengok darah la... biar la aku duduk di sini

Camana lak kaki lembu termasuk lubang tu...?

Tarik... tarik... jangan sampai tercabut pulak...

Kalau susah sangat nak tumbangkan lembu ni... aku katok je dengan kayu ni...

Sdr Tamyet sedang mengikat kaki lembu.

Sdr Hussain memastikan lafaz qurban dibaca oleh al-wakil sebelum upacara penyembelihan dimulakan.

Allah Huakbar! Maka terbenamlah pisau ke tengkuk lem...


Pak cik Hashim, ayah pada Sdr Ahmad Shahrom yang ke Mekah. Kalau Shahrom ada, belum tentu dia dapat buat apa ayahnya buat. haaaa... mengulit tu...

Abang ni biras Sdr Nizam. Siap dengan golok dan pisau - didatangkan khas dari Pahang!

Baju biru tu Wak Mus. Kalau takde dia, ada kemungkinan kerja mengulit ni ambik setengah hari... Dia buat 15 minit je!


Haji Ali pun dah biasa kerja melapah. Selamba je.

Sdr Zainul ni pernah dikesan di sekitar Jalan Platinum, Bandung, Jakarta...

Sdr Wahab jangan potong jari pulak...

huh.... sampai ke perut kau cari Kesh...?

Chief Operating Mandur (baju hijau - Mail) dengan Chief Mandur Officer (Pyan) kena makan. Tapi tak ajak orang pun....? hahaha Kat hujung tu Aizul. Nak mula keja kena pekena nasi lemak dulu!

Sampai ke kulit dengan kepala je tinggal...

Abg Mutalib dan Hj Ali mengkhusus dalam tugas menyiat jantung, hati dan paru.

DAN DI SEBELAH MALAMNYA PULAK...

Ustad Fairuz membacakan doa kesyukuran.


Ustad... toksah duduk. Terus ke belakang! MAKAN TIME !!!!...

Yang baju biru tu adalah bekas pemain profesional Selangor, Aiman Wong Abdullah. Main bola ngan dia banyak mengajar teknik betul menyepak tapi masalahnya dia pun malas nak turun main selalu. iiisshhhhh....
Nizam dan Shubli berlumba-lumba mengisi pinggan masing-masing (masa orang belum kerumun lagi)
Jejaka kepala berkilat di sebelah kiri ni malu-malu kucing. Sebab tu nasi taruk rendang daging je... eleh, kita tahu lepas tu mu ulang isi 3 kali. hahaha...

Ini satu daripada 2 periuk raksasa yang mengandungi semua bentuk sup daging termasuk SUP TORPEDO, SUP EKOR, SUP GEAR BOX AUTOMATIC TRANSMISION 7-GEAR....

MAJLIS KORBAN AIDILADHA PLATINUM 2008

Persatuan Penduduk Platinum Villa dengan sukacitanya mengumumkan program Korban Aidiladha akan diadakan pada 11 Disember 2008, Khamis iaitu 3 hari selepas Hari Raya Aidiladha pada 8 Disember.
.
Aturcara 11 Disember:
PAGI:
08.00 : Berkumpul di taman kecil di Jalan Platinum 7/44
08.30 : Upacara penyembelihan bermula disusuli dengan melapah dan memasak.
.
MALAM:
08.00 : Acara tahlil.
08.30 : Majlis makan malam dimulakan.
.
(Ini adalah cadangan jadual, mungkin diubah mengikut kesesuaian kemudian)
.
Para penduduk yang berminat untuk turut-serta dalam acara korban ini boleh menghubungi :
a) En. Hussain Mian di talian 017-8889688
b) En Tamyet Salamon 019-2799761
.
Bahagian lembu yang hendak dikorbankan ialah RM400 seorang. Acara tahlil juga akan diadakan dan para penduduk juga boleh turut-serta dalam program ini.
.
Tarikh tutup ialah 16 November ini.
.
Sekian harap maklum.

Surau Platinum Al-Mawaddah anjur makan malam



SHAH ALAM 18 Mac - Surau Platinum Al- Mawaddah di Jalan Platinum 7/58 di Seksyen 7 di sini merayu sumbangan orang ramai untuk membina bangunan tambahan bagi menampung pertambahan jemaah.
Ahli Jawatankuasa surau tersebut, Mohd. Ismail Asrah berkata, sejak menerima kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mendirikan solat Jumaat pada tahun 2006 lalu, bilangan jemaah di surau itu meningkat dengan ketara.
Menurutnya, pertambahan bilangan penduduk di kawasan Platinum Seksyen 7 juga turut menjadi faktor surau tersebut memerlukan ruang ibadah dan aktiviti yang lebih besar.
Selain itu ujarnya, surau Al-Mawaddah juga menjadi pilihan kakitangan dan pekerja pejabat atau kilang yang berdekatan untuk singgah bersolat.
Atas faktor tersebut katanya, ahli jawatankuasa (AJK) surau memutuskan untuk membina struktur tambahan bagi menambah keluasan ruang ibadah serta aktiviti seperti kelas mengaji, ceramah dan sebagainya.
“Untuk tujuan itu juga, AJK surau akan mengadakan majlis makan malam Al-Mawaddah di sebuah restoran di Taman Tasik Titiwangsa pada 27 April ini dengan setiap meja dijual pada harga RM1,000 sebuah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Untuk maklumat lanjut mengenai program itu, orang ramai boleh menghubungi jawatankuasa majlis makan malam itu dengan menghubungi talian 013-489 9669 atau e-mel ke
yhm1900@gmail.com.


© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. Terma & Syarat

Lebih banyak Rukun Tetangga akan ditubuh

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Lebih banyak Rukun Tetangga (RT) akan diwujudkan di seluruh negara terutamanya di empat negeri yang dikesan mencatatkan kejadian jenayah tertinggi.
Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional (JPNIN), Datuk Azman Amin Hassan berkata, empat negeri tersebut Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.
Katanya, pengarah JPNIN di semua negeri terutamanya empat negeri tersebut sudah diarahkan memantau dan mengumpulkan maklumat lengkap bagi menambah RT di kawasan yang memerlukan pengawasan.
“Tumpuan juga akan diberikan kepada kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, JPNIN juga sentiasa berhubungan dengan pihak polis bagi memperolehi maklumat mengenai kadar kejadian jenayah di sesuatu tempat dan meminta RT untuk mengambil langkah sewajarnya.
Menurut beliau, sepanjang tahun lalu sahaja sebanyak 360 RT telah ditubuhkan di seluruh negara dengan menggunakan peruntukan untuk penubuhan hanya 200 RT.
“Ini kerana permohonan penduduk setempat untuk menubuhkan RT semakin meningkat dari semasa ke semasa kerana mereka sudah mulai sedar bahawa RT dapat membantu mengurangkan kejadian jenayah,” katanya.
Pada masa ini, terdapat sebanyak 3,570 RT di seluruh negara berbanding kira-kira 2,000 tiga tahun lalu.
Mengenai insentif keahlian RT pula, Azman Amin berkata, sejak tahun lalu, JPNIN memperkenalkan Skim Insurans Berkelompok bagi menarik lebih banyak penduduk menyertai RT.
Sehingga kini katanya, keahlian RT di seluruh negara mencecah sehingga 80,000 orang.
“Masyarakat kini semakin suka jika RT wujud bagi mengawal kawasan mereka kerana ahlinya terdiri daripada penduduk sendiri dan mereka kenal satu sama lain dan ini memudahkan operasi pengawasan,” katanya.
Katanya, peranan RT semakin penting memandangkan kejadian jenayah seperti penculikan kanak-kanak semakin menjadi-jadi kini.
Terbaru, Sharlinie Mohd. Nashar, 5, yang dipercayai diculik sejak enam hari lalu ketika dia sedang bermain berdekatan rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya dekat sini.


© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

SIJIL PENDAFTARAN PPPV 26 FEBRUARI 2006

Antara isu keutamaan yang diberi tumpuan khusus oleh Jawatankuasa Penaja Penduduk Fasa 3A Jalan Platinum sewaktu mula dibentuk pada 2005 ialah pentingnya mendaftarkan persatuan dengan pihak berkuasa.
Syukur Alhamdulillah, berkat kesungguhan, komitmen dan kesudian semua jiran tetangga, matlamat ini berjaya dicapai dengan cemerlangnya dalam tempoh waktu yang disasarkan.
Kita yakin dengan platform persatuan penduduk yang berdaftar secara sah dengan pihak berkuasa, segala aktiviti kita akan lebih mudah dilaksanakan dan berkesan.
Kejayaan ini juga membuktikan penduduk di Fasa 3A ini mampu mencapai kata muafakat dan komitmen dalam melaksanakan sesuatu program, misalnya dalam sasaran mendaftarkan persatuan ini. Ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan, sebagaimana terjadi kepada sebilangan perwakilan penduduk lain yang sehingga ke hari ini belum dapat mendaftar pun persatuan.
Namun, penduduk Fasa 3A telah membuktikan segala rintangan, halangan dan cabaran boleh diatasi serta ditangani sehingga sijil itu diperolehi. (Click pada gambar untuk membesarkan dokumen)

Nama Platinum Villa diilhamkan oleh Sdr Hussain Mian, selaku pengerusi penaja persatuan penduduk bagi memberi kita satu identiti khusus dan cepat dikenali apabila berhubung dengan pihak lain. Insyallah, ada satu cadangan untuk membina satu papan tanda Platinum Villa di simpang utama Jalan Platinum 7/44 yang mungkin memerlukan undi persetujuan penduduk sebelum boleh dilaksanakan kelak.

Surat Jiran Kita

SURAT 1:

Mungkin kita patut menghantar terus surat aduan tentang masalah pembinaan rumah yg sedang dihadapi kpd bos no.1 supya beliau tahu apa yg telah dilakukan oleh pekerja bawahannya.
Pengisian surat itu mestilah b'unsur provocative agar tindakan sewajarnya segera diambil. Perkara sebegini tidak sewajarnya dipandang ringan kerana ia m'babitkan kos beribu2 ringgit kpd pembeli..dan ini sama sekali tidak sepatutnya berlaku!
Mari kita sama2 b'ganding bahu m'buktikan bhw Persatuan Pddk juga m'punyai hak utk menyuarakan aduan & pandangan agar kita sbg pembeli tdk terus menerus dipermainkan oleh pihak pengurusan yg bebal di organisasi yg kononnya m'amalkan sikap produktif kpd pelanggannya...
Sama2 lah kita m'beri sokongan kpd pihak PPPV dlm m'bela nasib pddk sekitarnya..
Kita mesti sedar bhw semangat kejiranan yg semakin pupus di era millenium ini seharusnya dipupuk kembali bkn shj utk kepentingan individu tetapi juga bg m'bentuk sebuah masyarakat yg harmoni, b'tamadun & t'pelajar..

Salam drpd saya,
Anak Tuan Major (B) Ibrahim Hashim
December 23, 2007 12:36 AM

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
SURAT 2:

First and foremost, thank to the committee with their effort PPPV exist and organize this program. I would like to suggest, the committee to gather all the member info and update in the blog from time to time. Almost 3 years we are staying in this area, but I presumed not all we know each other. By using this forum and PPPV, it will help us to know better each other and easy for us to organize any programs in future.

Unfortunately, myself and family will not around on that date maybe some other time we will get together, insyallah.

Congratulation!!

Ir Abdul Rashid Yusak
Jalan 7/44

17 Dec 2007
-----------------------------------------------------------------
PPPV respond :

Thank you Sdr Abdul Rashid for your good suggestion. We shall discuss it but a way must be established as not to reveal `too much' info in the public blog. A certain type of security is needed. May be we have to create another link that require password to enter. This way, all the personal data won't be abuse. Meanwhile, please forward your suggestion or a copy of your complains to PPPV by e-mail to 7platinum@gmail.com (please state your full name, address and contact number)

We would like to wish everyone SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI @ Korban @ Aidil Adha on 20 Disember and also to our Christian neighbours, Merry Christmas ! And A HAPPY NEW YEAR... 2008!

May we live in harmony forever!

Yours,

Assistant Hon. Secretary PPPV

TEKS UCAPAN PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK PLATINUM VILLA


Sempena Malam Ramah Mesra Penduduk 22 Disember 2007

Asalamualaikum w.b.t
Tuan-tuan & Puan-puan,


Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesudian tuan-tuan & puan-puan, jiran yang dihormati sekalian ke majlis ramah-mesra kita ini.
Kami maklum, ramai di antara kita akan mengambil kesempatan dalam masa cuti perayaan yang panjang ini dari Raya Aidil Adha hingga ke Krismas pada Selasa ini, untuk pulang ke kampung atau bercuti ke lain-lain tempat. Walaupun begitu, setelah difikir dan dibincangkan bersama para ahli jawatankuasa persatuan penduduk, program ini kami teruskan juga kerana khuatir jika ditangguh lagi, terus tidak menjadi pulak nanti.
Adapun matlamat menganjurkan program ramah-mesra ini, tidak lagi tidak bukan adalah bagi kita sesama jiran tetangga di Fasa 3A, Jalan Platinum 7/44 hingga Platinum 7/47 untuk saling lebih mengenali antara satu sama lain. Ia sejajar dengan seruan agama dan kerajaan supaya jiran tetangga menjadi lebih rapat dalam usaha memupuk persaudaraan tetapi juga mengadakan kawalan keselamatan di peringkat awal.


LATAR BELAKANG


Secara ringkas, ingin saya ceritakan serba-sedikit sejarah penubuhan PPPV. Setelah projek ini siap sekitar Disember 2004, PKNS mula memberikan kunci rumah kepada kita bermula akhir bulan Februari 2005.
Pada Ogos 2005, setelah penduduk ramai sedikit iaitu dianggarkan lebih 70 rumah telah diduduki ketika itu, beberapa penduduk khususnya Sdr Hussain Mian, Sdr Ismail, Sdr Zulkifli, Sdr Yahya, Sdr Malibabu dan Sdr Saiful Yazan membuat inisiatif menghimpunkan penduduk yang ada.
Pada 26 Ogos 2005, kira-kira 17 pemilik rumah berhimpun dan bersepakat untuk mewujudkan Jawatankuasa Penaja untuk penubuhan sebuah persatuan penduduk. Sasarannya ialah 6 bulan untuk ditubuhkan secara rasmi.
Alhamdulillah, sasaran itu berjaya dicapai dan permohonan penubuhan PPPV telah diluluskan oleh ROS bertarikh 26 Februari 2006. Satu majlis perasmian telah diadakan pada bulan Mac dan pemilihan AJK yang kebanyakannya terdiri daripada AJK Penaja memenuhi AJK PPPV.

Mengikut perlembagaan, AJK sekarang akan tamat tempohnya pada Mac 2008. Sehubungan itu, sukacita saya ingin mengumumkan PPPV akan mengadakan mesyuarat agung tahunan pada Mac 2008. Jika pilihan raya umum diadakan ketika itu, kita tetapkan tarikh baru selepas itu.

PROGRAM-PROGRAM

Antara program-program yang telah PPPV jalankan dalam tempoh dua tahun ini ialah mengemukakan protes kepada PKNS mengenai masalah kebocoran pada bumbung sehingga mengakibatkan sebilangan penduduk di sini mengalami kerugian akibat kerosakan bilik tidur berikutan bumbung bocor.
Berdasarkan siasatan, kami mengesyaki PKNS telah melakukan kesilapan daripada segi struktur pembinaan. Berikutan itu, kira-kira 14 penduduk terlibat telah mengemukakan saman ganti rugi terhadap PKNS, dengan peguam dilantik menerusi PPPV.

Aktiviti lain ialah mengemukakan permintaan kepada MBSA bagi membina road-hump di sekitar Fasa 3A ini. Kami dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa MBSA tidak dapat membuatnya pada masa ini, atas alasan `kekurangan bajet'.
Kami juga ingin menasihatkan penduduk untuk sama-sama mengamalkan pemanduan berhemah apabila memasuki kawasan perumahan dan tidak memandu laju. Kami meminta ibu bapa supaya menasihatkan anak-anak yang menunggang motosikal supaya tidak memecut. Begitu juga para pelajar UiTM, Unisel dan sebagainya yang ramai menyewa di sekitar ini supaya memandu atau menunggang dengan cermat di kawasan perumahan ini. Kita khuatir akan berlaku perlanggaran, apatah lagi anak-anak kecil yang ramai bermain di sekitar perumahan.

Sejak 2005, beberapa kes pecah rumah, kecurian kasut dan pecah kereta telah dilaporkan di sekitar Fasa 3A Jalan Platinum ini.
* Dalam konteks ini, kami memikirkan asas kepada kawalan keselamatan ialah jiran-jiran mesti saling mengenali terutama yang duduk selang 5 rumah.
* Apabila ada orang asing didapati berkeliaran di sekitar jiran tetangga, anda mempunyai kewajipan untuk menghampiri mereka dan bertanya tujuan mereka.
* Jika mereka gagal memberi jawapan yang memuaskan, hubungi jiran tersebut.

Keprihatinan beberapa jiran kita dalam menjaga keselamatan sebenarnya telah terbukti. Sdr Rakesh dan Sdr Yahaya pernah menyelamatkan sebuah rumah di sini daripada kebakaran tatkala pemiliknya sendiri tidur tidak sedar dengan kejadian itu.

Dalam kejadian kedua, Sdr Syukor pernah dibaling buah mangga oleh dua lelaki yang mencuri besi sky-folding di rumah jirannya sebelum dua lelaki itu dirempuh oleh Sdr Khairuddin, juga jiran kepada Sdr Syukor.

Keprihatinan dan keberanian mereka ini adalah bukti dan contoh yang wajar kita teladani sebagai jiran yang boleh diharap dalam menjaga keselamatan jiran tetangga. Syabas kepada mereka!

PENGGABUNGAN DENGAN FASA 3

Kami juga telah menerima pertanyaan daripada penduduk Fasa 3 sama ada mereka boleh bergabung dengan kita. PPPV tidak merasa keberatan, walaupun kaedah urusan pentadbiran nanti perlu diperhalusi kerana hendak menguruskan jiran kita di Fasa 3A sebanyak 157 rumah pun sudah menjadi satu tanggungjawab besar dan berat. Kini terserah kepada AJK penduduk Fasa 3 untuk berunding sesama mereka sebelum kita boleh melangkah ke peringkat penggabungan.

E-MAIL DAN BLOG

Tuan-tuan & Puan-puan,

Seiring dengan perkembangan era ICT, kami juga telah mengadakan saluran komunikasi melalui e-mel iaitu 7platinum@gmail.com.
Manakala satu blog juga telah diwujudkan iaitu
http://7platinum.blogspot.com sebagai wadah untuk semua memperoleh maklumat terkini mengenai program-program yang hendak diadakan menerusi PPPV.
Diharap jiran semua, mengguna pakai kemudahan ICT yang kami sediakan ini untuk saling berkomunikasi.

Akhir sekali, saya mewakili AJK Persatuan Penduduk Platinum Villa menyeru jiran-jiran semua yang belum mendaftar sebagai ahli supaya berbuat demikian.Saya juga ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan hadir pada majlis ini. Sila jamu selera dan gunakan kesempatan ini untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Sekian. Wasalamualaikum w.b.t

En Tamyet Salamon
Pengerusi PPPV sesi 2006/2008


disediakan oleh Pasukan Petugas Komunikasi PPPV

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR ACARA MALAM RAMAH MESRA PPPV 22 Disember 2007

PERHATIAN : ANDA BOLEH CLICK PADA GAMBAR UNTUK MEMBESARKANNYA DAN DIBENARKAN DOWNLOAD KE KOMPUTER ANDA UNTUK PROSES `MENCUCI' SENDIRI. KOS CUCI GAMBAR TIDAK DISERTAKAN. HANYA GAMBAR PERCUMA.
Dari gayanya, rambutnya, senyumnya... Ini sah bukan M. Nasir atau seniman jalanan. Ini Apyan Idris. Tuan rumah yang bermurah hati menyediakan kemudahan bagi PPPV mengadakan aktiviti program ramah-mesra 2007. Tengkiyu bosshhhh!.........
Yang seluar petak-petak ni pernah memasang impian menjadi pemain golf. Namun Sdr Mohd.Rakesh memilih kerjaya lain dan hobi masa lapangnya ialah memancing dan memanggang ikan yang dipancingnya, seperti gambar di atas.


Gambar ini mengesahkan kesungguhan dan komitmen Sdr Hussain dalam usaha menjayakan program ini. Mana taknya, sang isteri tersayang pun dikerah pakai baju merah macam dia jugak.
Pengerusi PPPV Sdr Tamyet sedang menyemak kali terakhir teks ucapan dasar dengan bantuan Sdr Shamsul... Tapi nak check apa lagi? Yang buat teks ucapan tu profesional writer tau! Menteri pun pakai dia!... hihihi....
laaa... orang suruh dia test microphone... sapa lak suruh dia nyanyi?... ish ish ishhhh


Kerusi-kerusi kosong di depan ini disebabkan para bapak-bapak memilih duduk di luar khemah dan duduk pula berlonggok kat sisi-sisi... senang nak hisap rokok, katanya!
Sdr Zul (memegang microphone) selaku penyumbang utama lembu telah mengetuai bacaan doa bagi mendapat keberkahan dan keredhaan daripada Tuhan.



Saudara berdua ini dikenal pasti antara yang pertama dan terpantas mencedok SUP GEAR BOX.... SEDAP woooo....!
Makanan memang banyak. Terima kasih lah kepada semua penyumbang dan penderma. Anda tahu, sumbangan anda dalam program kemasyarakatan ini memenuhi kehendak agama dan negara!
Dari kiri Sdr Tamyet (memegang microphone) selaku pengerusi sedang menyampaikan ucapan dasar dan diapit oleh Sdr Shamsul (AJK), Sdr Ismail (AJK) dan Sdr Mali (Setiausaha Kehortmat PPPV).



. . Char-Ali's Angel... menunggu ibu mengambil makanan. Yang Sdr Ali pulak booking meja. ehhh... tu serving table laaaa....
.. . ... Pejabat SPR kerja overtime ke...?






Ada tak nama kami dalam daftar pemilih 2007? Kalau belum, isi lah borang PPPV.







Sdr Zabarullah bersama hero-heronya. Beliau adalah pemilik restoran kari kepala ikan Kg Attap di KL yang terkenal tu. Haaaa.... Sdr Zabarullah adalah jiran kita, TAU! .....Tapi kalau mengunjungi restorannya, jangan le asyik minta diskaun. hehehe...
Sdr Tamyet dan Sdr Ibrahim mungkin berbicara perihal tindakan undang-undang terhadap....
Sdr Noorhisham, merangkap Ketua Unit Masakan dan penyanyi karaoke!
Nampaknya juri di sebelah Sdr Noorhisham sedang memastikan beliau menuturkan bait-bait lagu dengan tepat.
Sdr Nizam sibuk melayan anak walaupun awalnya dah janji akan menyumbangkan lagu. Oh kau lari ya...!

Nampaknya juri dari Liverpool sudah menutup telinga. Undi SMS berkurangan la jawapnya!
Sdr Hussain macam tak puas hati. Cari jugak lagu nak lawan Noorhisham.
Selepas makan, isi borang keahlian PPPV. Yuran, bayar tahun depan yee.... hihihi...
Penuhnya meja Sdr Ali ni. Selain keluarganya, ada pulak Pak Mat dengan Sdr Zainol menyelit berkongsi meja!
Dua jejaka ni siap berbaju Melayu, bersongkok menggunakan kaedah tersendiri untuk mengipas barbeque daging. Beruntunglah siapa yang dapat merasa masakan mereka!
Sdr Shamsul (kiri) merupakan antara penyumbang air minuman, diapit oleh Sdr Rosli dan Tuan Rumah, Sdr Apyan.

Lambang MUHIBAH TULEN yang dipupuk dan dipelihara di PPPV. Sdr Zul dan Sdr Ismail bersama Sdr Mali (tengah).
Para AJK dan sukarelawan bersama-sama membersihkan peralatan. Maaf, ada satu gambar saja sebab jurufoto pun kena sama-sama angkat meja & kerusi!