Antara isu-isu awal yang berbangkit









DARI jauh, mungkin mata tidak
perasan apa sebenarnya bahan
yang diguna untuk membaiki
bumbung.


Dari jarak dekat, ia seperti bahan
pelekat putih dengan bahan
berwarna putih. Apa sebenarnya
bahan itu, akan diketahui apabila
PKNS menjawab soalan peguam
kita di mahkamah nanti.



Mereka yang merana gara-gara mutu
kerja rendah oleh PKNS.




Agenda pertama yang diperjuangkan oleh PPPV ialah memastikan kerja-kerja pembaikpulihan ke atas aspek-aspek defect di rumah kediaman oleh PKNS.

Gambar No.3 (canopy milik Sdr Ismail semasa mengadakan kenduri selamat masuk rumah) adalah rumah milik Sdr Shamsul yang menanggung kerugian berikutan atap bumbungnya mengalami kebocoran walaupun setelah tiga kali dibaikpulih oleh PKNS. Kes Sdr Shamsul turut dialami oleh sebilangan lagi pemilik tetapi kediaman beliau boleh dikategorikan yang paling kritikal. Persefahaman dicapai antara PKNS dengan wakil PPPV bahawa pemaju perumahan kerajaan negeri itu akan terus membaiki kerosakan walaupun selepas tamat tempoh waranti 18 bulan pada sekitar Jun 2006 (bergantung kepada tempoh semasa pemilik mengambil kunci rumah).

PPPV melahirkan kekecewaan dan bantahan kepada PKNS ketika itu kerana mutu kerja yang tidak mencapai piawaian (lihat gambar bumbung). Mujurlah berikutan komitmen AJK-AJK PPPV (walaupun berstatus badan penaja ketika itu), PKNS telah memberi kerjasama yang diharapkan (setelah bertalu-talu pintu mereka diketuk) bagi menangani rungutan pelanggan mereka iaitu kita.

No comments: