Penduduk Platinum Villa adakan majlis korban

Berita ini disiarkan pada 15 Disember 2008, halaman 27 akhbar Utusan Malaysia.


SHAH ALAM Persatuan Penduduk Platinum Villa di Jalan Platinum 7/44 hingga 47 di sini mengadakan majlis korban dua ekor lembu pada Khamis lalu bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Pengerusi persatuan itu, Tamyet Salamon berkata, acara itu adalah kali kedua dianjurkan oleh persatuan yang melibatkan kawasan perumahan yang terdiri daripada 157 unit rumah di situ.
Menurutnya, sebanyak dua ekor lembu dikorbankan yang dagingnya kemudian diagih-agihkan kepada penduduk dan golongan asnaf yang terpilih.
"Selain melaksanakan ibadah agama, acara ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk Platinum Villa.
"Pada sebelah malam, kami adakan pula kenduri dan ia membuka peluang untuk berkenalan, bermesra dengan jiran lama dan baru.
''Dengan kaedah ini, kita boleh mengukuhkan silaturahim dan juga mengurangkan risiko jenayah curi atau pecah rumah di kawasan ini," kata Tamyet.

Anda juga boleh klik di bawah ini untuk ke laman web utusan.com.my :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1215&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_10.htm&arc=hive



© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

No comments: