Persatuan Penduduk Platinum Villa, Seksyen 7, Shah Alam

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pertamanya, ruangan blog ini dimulakan khusus bagi menyebarkan maklumat mengenai persekitaran, keselamatan dan hal ehwal kejiranan semata-mata di Jalan Platinum 7/44 hingga Jalan Platinum 7/47, Shah Alam.

Segala maklumat yang disiarkan adalah daripada Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Platinum Villa (PPPV) bagi sesi 2006/2008 dan jika anda ingin memberi reaksi/ maklum balas bolehlah menghantar kenyataan anda.

Memandangkan ini bukanlah wadah untuk berpolitik atau tujuan mengaut keuntungan atau keagamaan, melainkan hal ehwal kejiranan, maka disaran jiran-jiran semua mematuhi prinsip RUKUNEGARA semasa mengeluarkan kenyataan (pentadbir blog ini sedaya-upaya untuk tidak menyaring, memotong atau mengubah ayat asal anda kecuali jika perkataan itu jelas lucah, menghina, memfitnah dan apa-apa yang difikirkan negatif). Ini demi menjamin kesejahteraan kita semua hidup dalam satu taman perumahan yang memiliki pelbagai latar belakang, agama, bangsa dan kecenderungan sahsiah.

Blog ini diwujudkan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat semasa, bagi kemudahan semua pihak berkomunikasi. Kita juga mengalu-alukan reaksi atau maklum balas daripada pihak berwenang di dalam menyampaikan mesej mereka di dalam blog ini.

Sekian,

JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

PENOLONG SETIAUSAHA PPPV

No comments: