MESYUARAT 28 JULAI 2006 : CADANGAN TINDAKAN MAHKAMAH KE ATAS PKNS


Sdr Hussein selaku pengacara majlis.



Sdr Fazlal (dari kiri), Sdr
Tamyet dan peguam.



Bilangan jiran-jiran yang hadir lebih ramai dari kerusi
yang disediakan, mungkin akan tercapai bila kesedaran
pentingnya berpersatuan tersemat di hati para pemilik
sepenuhnya sedikit masa lagi.


Susulan daripada kegagalan mendapat perjumpaan rasmi dengan PKNS dan seterusnya jelas sikap PKNS tidak mengiktiraf wakil persatuan penduduk, AJK telah mengadakan satu mesyuarat dengan memanggil wakil firma guaman untuk memberi penerangan kepada penduduk tentang kaedah dan cara serta kemungkinan pro & con's dalam mengambil tindakan undang-undang ke atas PKNS.
Yang paling utama ialah terdapat kes sahih untuk penduduk menuntut gantirugi terutama mereka yang bumbung dibina menggunakan kayu tetapi tertera dalam S&P perkataan besi keluli.
Seramai 12 penduduk telah mengemukakan notis kepada peguam untuk mewakili mereka menuntut gantirugi menerusi perundangan. Kes ini masih berjalan. Perkembangan terkini mengenainya akan dikemaskini dari masa ke masa di dalam blog ini.

No comments: