Acara Penyembelihan Lembu Sempena Aidil Adha anjuran PPPV 22 Disember 2007 mula 9pagi

PERHATIAN : ANDA BOLEH CLICK PADA GAMBAR UNTUK MEMBESARKANNYA DAN DIBENARKAN DOWNLOAD KE KOMPUTER ANDA UNTUK PROSES `MENCUCI' SENDIRI. KOS CUCI GAMBAR TIDAK DISERTAKAN. HANYA GAMBAR PERCUMA!



haaa... inilah jurugambar bidan terjun untuk acara ini. Ini berikutan jurugambar tetap kena uruskan hal Langit Ketujuh pagi tu! Jadi jurugambar bidan terjun ni pun beraksi lah depan jeniperlopes. ehh... Zul... kau nak lari mana lak tu?
Saat-saat akhir makhluk bernama jeniper lopes....


Acara bacaan doa diketuai Uztad Ali (bersongkok) iaitu jiran kita yang juga Pemangku Pengarah MAIS.

Macam team bola. Sebelum main, ambik gambar. Team potong lembu ni pun ambik semangat yang sama. jeniper lopes cuba menenangkan hati sebelum....
Koboi-koboi Platinum Villa berjaya membuktikan keupayaan mereka mengikat lembu yang tidak bergerak pun itu....



Halo Rakesh... berapa meter tali kau nak ikat lembu tu....?
Abg Tamyet macam main golf... Sdr Zainol takkan jadi kedi?
eh sapa nak sembelih... apasal pandang aku? eh dia lah....
Berikutan adegan pertumpahan darah, muka lembu telah ditutup dengan daun... (ntah lah... takde dalam skrip origional...)


Kalau diteliti pada gambar ini, seolah-olah jurufoto telah melarikan diri kira-kira 200 meter daripada kawasan pertumpahan darah.... halo Sam... kau takut tengok darah ke lari punya jauh!





Kaki lembu ni aku dah booking... Tak de orang nak, kan?





Rasa-rasanya kalau kulit lembu ni aku ambik bikin jaket... bau dia melekat tak?
Yang baju hijau tu... Sdr Ismail... camana boleh posing sebelah orang melapah tu memang aneh sikit...




aikkk Uztad Ali pun melapah sekali. Eh... berapa ramai yang bertugas melapah ni...? atau nak posing semata-mata? heheheh....




eh Ismail... jaga tangan tu... nanti jam tangan kau berebut orang nak... Badan memang nak buat sup... tapi itu kepala sapi sapa ada mau?

Inikah yang dinamakan operasi pembersihan etnik? Bukan. Pembersihan kawah kuali!

fuhhh.... patut lah sup GEAR BOX sedap... tukang masak rupa-rupanya tauke catering sendiri yang bikin.... itu abu rokok tarak masuk kuali kaaa?

No comments: