BERITA KOMUNITI 2 Oktober 2014


Assalamualaikum &Salam Sejahtera

Penubuhan Persatuan
Sukacita dimaklumkan bahawa, persatuan penduduk yang dikenali sebagai  Persatuan Penduduk 7Platinum (PP7P) telah ditubuhkan dengan rasminya pada 9 hb Jun 2014 bagi menggantikan jawatankuasa Persatuan Penduduk Platinum Villa hasil penggabungan Fasa 3 dan Fasa 3A. 


Keahlian kejiranan PP7P  adalah terdiri daripada penduduk yang memiliki atau menyewa rumah  di Jalan Platinum  7/44-7/51

Terdapat 266 unit rumah di kejiranan ini, dimana 10 unit masih lagi tidak berpenghuni. Yuran tahunan sebanyak RM10 akan dikenakan pada setiap ahli. Mesyuarat Agong yang pertama telah diadakan baru-baru ini dan telah memilih ahli jawatan kuasa seperti berikut:

Bil
Nama
Jawatan
No .Telefon
1
Tn Haji Samian B. Hj Mohd Ali
Pengerusi
012-6323838
2.
En Ahmad B. Saabun
Tim. Pengerusi 1
016-2151192
3
Tn Haji Shamsul  Bahari B. Abdul Rahman
Tim. Pengerusi 2
019-3106873
4
En Azhar B. Abdul Raof
Setiausaha
012-2042109
5
En Ahmad Fathi B. Ali
Pen. Setiausaha
010-2176766
6
Tn Syed Anuar Shah B. Syed Mansor
Bendahari
013-3745084
7
En Apyan B. Idris
AJK

8
En  Johardy B. Ibrahim
AJK

9
En Abdul Aziz B. Awang
AJK

10
Pn Zaiton Bt Sharif
AJK

11
Pn Yasmin  Bt Hashim
AJK


Sila hubungi AJK yang dilantik,sekiranya terdapat sebarang urusan atau cadangan yang melibatkan persatuan. E-mel: pp7platinum@gmail.com

 Bayaran perkhidmatan kawalan/ kutipan bulanan

Hasil KUTIPAN BULANAN bagi bayaran keselamatan adalah semakin  MEROSOT dan  AMAT MENDUKACITAKAN. Pihak persatuan menetapkan bayaran bulanan iaitu sebanyak RM50 dikenakan pada setiap rumah. Sehubungan dengan itu bayaran bulanan perlu dijelaskan pada hujung dan awal bulan seterusnya (dari 25 hb – 5hb).  

Pembayaran boleh dibuat  kepada  ketua blok  masing masing atau bayaran secara online (CIMBclicks) juga boleh dibuat kepada
Bank: CIMB,  No. Akaun: 1205-0001560-107
Nama Akaun: Persatuan Penduduk Platinum Villa (PPPV), Seksyen 7
Pihak persatuan masih mengekalkan  akaun bank yang lama sehingga notis lanjut dikeluarkan.

ACARA KORBAN 6 OKTOBER SEMPENA AIDIL ADHA



Sebanyak 2 ekor lembu akan dikorbankan pada tarikh di atas, bertempat di taman Jalan 7/44. Penduduk dijemput bersama-sama menyertai acara gotong-royong penyembelihan dan melapah serta memasak juadah pada acara yang bermula 8 pagi, 6 Oktober ini.


Setiausaha PP7P

No comments: