Tajuk di atas agak kasar dan menakutkan tetapi bukan direka-reka. Sebaliknya, ia adalah fakta dan hakikat sebenar masalah sosial yang kita hadapi sekarang, sama ada anda sedar atau tidak.
Terdapat tiga kes jenayah besar berlaku sejak bulan April hingga Mei ini.
1) Ragut di Jalan Platinum 7/45B. Pertengahan April.
Dua lelaki membonceng motosikal mengekori seorang penduduk (wanita) yang menghantar anak jiran di lorong itu dan bertindak memecah tingkap kereta sebelah kiri ketika wanita tersebut masih di tempat memandu. Beg tangannya dilarikan.
.
2) Ragut di Jalan Platinum 7/44
Modus operandi serupa, dua lelaki membuka pintu kereta penduduk (juga wanita) dan cuba meragut beg tetapi wanita berkenaan berjaya menahan. Ketika pergelutan, dua lelaki itu tidak mengetahui bahawa suami wanita tersebut berada di simpang jalan. Suami lelaki itu mengejar mereka hingga di hadapan restoran Cucur sebelum merempuh mereka. Seorang lelaki lari ke kanan, seorang lagi menghala ke Pasaraya Ali di mana dia berjaya dikepung sebelum ditahan.
.
Kejadian ini berlaku kira-kira 10 hari selepas kejadian pertama di atas dan terjadi pada waktu siang.
.
3) Pelajar wanita diserang di bilik kuliah Surau Al-Mawadah
Ia dilaporkan berlaku minggu lepas, pada kira-kira pukul 8 pagi. Pelajar ini tinggal di Danau Emas (apartmen hadapan surau) dan sedang menunggu rakannya datang menjemputnya. Sementara menunggu, dia dikatakan menuju ke surau. Di situ dia diekori oleh seorang lelaki yang kemudiannya mengacu pisau ke lehernya dan merompak rantai emas dan wang dompetnya. Lelaki itu kemudian memaksa pelajar ini melakukan seks oral terhadapnya. Difahamkan polis menemui kesan air mani lelaki tersebut. Lelaki bertubuh gempal, berkulit gelap dipercayai menaiki kereta Naza Bestari.
.
Selain kes-kes besar di atas, kadar kecurian kecil juga meningkat. Seorang jiran di Jalan Platinum 7/44 mengadu kedua-dua keretanya dipecah tingkap, semata-mata untuk mencuri smart tag. Oleh itu, anda semua disaran supaya menyorokkan alat tersebut. Kecurian kasut juga menjadi-jadi.
.
Jiran-jiran semua disaran supaya mengamalkan prinsip kejiranan yang sebaik-baiknya. Mungkin anda sibuk atau kurang senang jiran sebelah anda membela kucing atau anjing tetapi memadai jika anda mengenalinya. Ini kerana dengan mengenali siapa jiran, anda akan tahu siapa orang yang berlegar di hadapan rumah anda (dan jiran anda) sama ada jiran atau orang asing.
.
Jawatankuasa Penduduk sedang berusaha mencari kaedah terbaik untuk mengurangkan masalah jenayah di kawasan kita. Maklum balas daripada pihak tuan juga amat diharapkan.
Antara cadangan awal ialah :
a) Melantik agensi keselamatan mengadakan rondaan 24 jam. Ini melibatkan kos. Dan tidak semestinya dapat membasmi jenayah sama sekali. Tetapi dengan adanya pengawal di siang hari tatkala ramai kaum lelaki tiada di rumah, ia diharap boleh `mengurangkan sikit hasrat' penjenayah untuk menyerang.
Untuk kos, disaran supaya semua penduduk memberi kerjasama. Jika penyewa merasakan dia tidak berhak membayar, mereka diminta berfikir bahawa selagi mereka menyewa di sini, tanggungjawab keselamatan adalah milik bersama. Dan jangan fikir, penyewa tidak terdedah kepada risiko dirompak. Jangan sudah terhantuk, baru nak mencari jawatankuasa penduduk. Masa itu, kita rujuk kepada polis sahajalah.
Untuk kos, disaran supaya semua penduduk memberi kerjasama. Jika penyewa merasakan dia tidak berhak membayar, mereka diminta berfikir bahawa selagi mereka menyewa di sini, tanggungjawab keselamatan adalah milik bersama. Dan jangan fikir, penyewa tidak terdedah kepada risiko dirompak. Jangan sudah terhantuk, baru nak mencari jawatankuasa penduduk. Masa itu, kita rujuk kepada polis sahajalah.
b) Menutup 4 akses laluan bermula jam 10 malam hingga 7 pagi. Ini memerlukan kerjasama dan persefahaman tinggi daripada semua penduduk. Ini kerana dengan hanya satu aduan, program ini boleh dibatalkan oleh MBSA. Dengan menutup akses, kita boleh mengawal aliran keluar masuk untuk penjenayah, walaupun pada masa yang sama, dirasa menyekat kebebasan penduduk. Bagi yang belum `terkena', bantahan dijangka besar. Bagi yang sudah `terkena', mereka ini dijangka lebih memahami.
c) Program Gotong-Royong : bertujuan serampang dua mata iaitu membersihkan kawasan sekeliling daripada ancaman penyakit terutama denggi, dan pada masa sama, menyemai sikap hormat-menghormati dan mengeratkan silaturrahim sesama penduduk. Sasaran pelaksanaan projek ialah awal Ogos 2010.
.
Jika anda ada saranan lain, sila e-mel kepada 7platinum@gmail.com atau facebook/sevenplatinum ShahAlam
1 comment:
Assalamu'alaikum, warga 7Platinum,
Saya, Abdul Rahmang Wong, warga baru 7Platinum yang duduk di No. 39 Jalan Platinum 7/44. Saya pernah tinggal di sini, kemudian berpindah ke tempat lain untuk setahun dan kembali ke sini bulan Ogos 2010.
Syabas atas usaha mengendalikan blog ini, dan semoga ia dapat diaktifkan dan mendatangkan lebih banyak manfaat yang berbentuk kemasyarakatan.
Wassalam.
Post a Comment