Surau Platinum Al-Mawaddah anjur makan malam



SHAH ALAM 18 Mac - Surau Platinum Al- Mawaddah di Jalan Platinum 7/58 di Seksyen 7 di sini merayu sumbangan orang ramai untuk membina bangunan tambahan bagi menampung pertambahan jemaah.
Ahli Jawatankuasa surau tersebut, Mohd. Ismail Asrah berkata, sejak menerima kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mendirikan solat Jumaat pada tahun 2006 lalu, bilangan jemaah di surau itu meningkat dengan ketara.

Menurutnya, pertambahan bilangan penduduk di kawasan Platinum Seksyen 7 juga turut menjadi faktor surau tersebut memerlukan ruang ibadah dan aktiviti yang lebih besar.
Selain itu ujarnya, surau Al-Mawaddah juga menjadi pilihan kakitangan dan pekerja pejabat atau kilang yang berdekatan untuk singgah bersolat.
Atas faktor tersebut katanya, ahli jawatankuasa (AJK) surau memutuskan untuk membina struktur tambahan bagi menambah keluasan ruang ibadah serta aktiviti seperti kelas mengaji, ceramah dan sebagainya.
“Untuk tujuan itu juga, AJK surau akan mengadakan majlis makan malam Al-Mawaddah di sebuah restoran di Taman Tasik Titiwangsa pada 27 April ini dengan setiap meja dijual pada harga RM1,000 sebuah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Untuk maklumat lanjut mengenai program itu, orang ramai boleh menghubungi jawatankuasa majlis makan malam itu dengan menghubungi talian 013-489 9669 atau e-mel ke
yhm1900@gmail.com.


© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. Terma & Syarat

No comments: