BERITA KOMUNITI 2 Oktober 2014


Assalamualaikum &Salam Sejahtera

Penubuhan Persatuan
Sukacita dimaklumkan bahawa, persatuan penduduk yang dikenali sebagai  Persatuan Penduduk 7Platinum (PP7P) telah ditubuhkan dengan rasminya pada 9 hb Jun 2014 bagi menggantikan jawatankuasa Persatuan Penduduk Platinum Villa hasil penggabungan Fasa 3 dan Fasa 3A. 

JENAYAH BERLELUASA DI PLATINUM (23 Mei 2010)

Tajuk di atas agak kasar dan menakutkan tetapi bukan direka-reka. Sebaliknya, ia adalah fakta dan hakikat sebenar masalah sosial yang kita hadapi sekarang, sama ada anda sedar atau tidak.
Terdapat tiga kes jenayah besar berlaku sejak bulan April hingga Mei ini.

21 Mei 2010 : akaun Facebook

  1. Memenuhi keputusan mesyuarat AJK Persatuan Penduduk Platinum Villa bertarikh 8 Mei 2010, maka hari ini satu akaun telah diwujudkan dalam Facebook sebagai satu lagi saluran untuk para penduduk, jiran tetangga saling berkomunikasi mengenai hal ehwal kejiranan.

  2. Kepada anda yang belum lagi disambungkan, silalah lawat
    facebook.com/SevenPlatinum ShahAlam

  3. PPPV telah mengatur beberapa program kejiranan seperti keselamatan dan gotong-royong sebelum Ramadan ini. Sila ikuti makluman-makluman terkini yang akan disebarkan dalam masa terdekat ini.


    Sekian.

GOTONG-ROYONG BASMI DENGGI

Persatuan Penduduk Platinum Villa dengan sukacitanya mengumumkan pelaksanaan program gotong-royong membasmi tempat pembiakan nyamuk denggi di kawasan perumahan kita pada :
TARIKH : 9 OGOS 2009 bersamaan dengan Ahad
MASA : 8 PAGI
Usaha-usaha sedang giat dilakukan bagi mendapatkan sokongan dan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam konteks peralatan, tong sampah dan sebagainya.
Sila layari blog ini lagi atau periksa emel anda untuk perkembangan terkini.
Bagi yang belum mendaftarkan emel, sila hantar emel anda kepada 7platinum@gmail.com
Sekian, harap maklum.



Yang benar,


Pen. Setiausaha PPPV

TERKINI!

Berikutan jadual Datuk Bandar yang penuh bulan Ogos ini, jawatankuasa bersetuju untuk menangguhkan program ini ke bulan Oktober nanti. Insyallah. Harap maklum.

5 ogos 2009

USUL PENYERAPAN FASA 3 KE DALAM PERSATUAN PENDUDUK PLATINUM VILLA

Puan-puan dan Tuan-tuan sejiran tetangga yang dihormati sekalian,
  1. Pertamanya, kami memohon maaf atas kelewatan membalas e-mail-email yang dihantar dan kami akui komitmen agak lemah dalam mengendalikan aktiviti persatuan sejak setahun ini.
  2. Begitu pun, kami berazam untuk memperkasa semula Persatuan Penduduk ini, dengan perkenan dan kerjasama anda semua.

Kantin sekolah diarah tutup (Siar 21 April 2009)

SHAH ALAM 20 April - Pejabat Kesihatan Daerah Petaling Jaya mengarahkan supaya kantin Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 di sini ditutup berikutan tujuh muridnya mengalami keracunan makanan pada Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor, Dr. Zahri Aziz berkata, penutupan itu bermula sehari selepas kejadian itu sehingga 1 Mei ini.

"Penutupan dilakukan bagi memantau kerja-kerja pembersihan kantin dengan kerjasama Pejabat Kesihatan sehingga mencapai tahap yang sepatutnya sebelum ia dibenarkan dibuka semula.

"Pegawai Jabatan Kesihatan juga telah mengambil sampel makanan di kantin sekolah itu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zahri menyarankan ibu bapa menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak demi menjamin kesihatan mereka sepanjang berada di sekolah.

Dalam kejadian Khamis lalu, sekumpulan murid mengalami sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit setelah membeli burger pada waktu rehat di kantin sekolah berkenaan.

Ekoran itu, mereka terpaksa dikejarkan ke klinik berdekatan oleh guru sekolah terbabit.

© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

PERSATUAN PENDUDUK TIADA TERBABIT DENGAN PELANTIKAN AGENSI KESELAMATAN

11 Januari 2009

Kepada:
Semua penduduk Platinum 7/44-7/47

Merujuk kepada perkara di atas, kami ingin menarik perhatian jiran tetangga semua mengenai usaha sebuah agensi keselamatan yang kini giat mengetuk pintu rumah kita satu demi satu - menawarkan perkhidmatan mereka.

Dalam aspek ini, jawatankuasa persatuan ingin menegaskan bahawa kami tidak terbabit secara langsung atau tidak, dengan kegiatan agensi ini. Kami juga tidak ada `endorsed' kegiatannya. Maka itu, sebarang liabiliti di kemudian hari tidak boleh dikaitkan dengan jawatankuasa penduduk.

Penduduk Platinum Villa adakan majlis korban

Berita ini disiarkan pada 15 Disember 2008, halaman 27 akhbar Utusan Malaysia.


SHAH ALAM Persatuan Penduduk Platinum Villa di Jalan Platinum 7/44 hingga 47 di sini mengadakan majlis korban dua ekor lembu pada Khamis lalu bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Pengerusi persatuan itu, Tamyet Salamon berkata, acara itu adalah kali kedua dianjurkan oleh persatuan yang melibatkan kawasan perumahan yang terdiri daripada 157 unit rumah di situ.
Menurutnya, sebanyak dua ekor lembu dikorbankan yang dagingnya kemudian diagih-agihkan kepada penduduk dan golongan asnaf yang terpilih.
"Selain melaksanakan ibadah agama, acara ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk Platinum Villa.
"Pada sebelah malam, kami adakan pula kenduri dan ia membuka peluang untuk berkenalan, bermesra dengan jiran lama dan baru.
''Dengan kaedah ini, kita boleh mengukuhkan silaturahim dan juga mengurangkan risiko jenayah curi atau pecah rumah di kawasan ini," kata Tamyet.

Anda juga boleh klik di bawah ini untuk ke laman web utusan.com.my :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1215&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_10.htm&arc=hive



© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

KEMERIAHAN ACARA KORBAN LEMBU DAN KENDURI AIDILADHA 11 DISEMBER 2008 DI PLATINUM VILLA

Aki nikahkan dikau... ehhh aku terima kurban daging lembu ni...

Koboi-koboi Platinum stand by nak terkam lembu...

Hussain : Eh Zainol... tolonglah pegang kaki lembu tu ...
Zainol : isssyhhh.... aku tak leh tengok darah la... biar la aku duduk di sini

Camana lak kaki lembu termasuk lubang tu...?

MAJLIS KORBAN AIDILADHA PLATINUM 2008

Persatuan Penduduk Platinum Villa dengan sukacitanya mengumumkan program Korban Aidiladha akan diadakan pada 11 Disember 2008, Khamis iaitu 3 hari selepas Hari Raya Aidiladha pada 8 Disember.
.
Aturcara 11 Disember:
PAGI:
08.00 : Berkumpul di taman kecil di Jalan Platinum 7/44
08.30 : Upacara penyembelihan bermula disusuli dengan melapah dan memasak.
.
MALAM:
08.00 : Acara tahlil.
08.30 : Majlis makan malam dimulakan.
.
(Ini adalah cadangan jadual, mungkin diubah mengikut kesesuaian kemudian)
.
Para penduduk yang berminat untuk turut-serta dalam acara korban ini boleh menghubungi :
a) En. Hussain Mian di talian 017-8889688
b) En Tamyet Salamon 019-2799761
.
Bahagian lembu yang hendak dikorbankan ialah RM400 seorang. Acara tahlil juga akan diadakan dan para penduduk juga boleh turut-serta dalam program ini.
.
Tarikh tutup ialah 16 November ini.
.
Sekian harap maklum.

Surau Platinum Al-Mawaddah anjur makan malam



SHAH ALAM 18 Mac - Surau Platinum Al- Mawaddah di Jalan Platinum 7/58 di Seksyen 7 di sini merayu sumbangan orang ramai untuk membina bangunan tambahan bagi menampung pertambahan jemaah.
Ahli Jawatankuasa surau tersebut, Mohd. Ismail Asrah berkata, sejak menerima kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mendirikan solat Jumaat pada tahun 2006 lalu, bilangan jemaah di surau itu meningkat dengan ketara.

Lebih banyak Rukun Tetangga akan ditubuh

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Lebih banyak Rukun Tetangga (RT) akan diwujudkan di seluruh negara terutamanya di empat negeri yang dikesan mencatatkan kejadian jenayah tertinggi.
Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional (JPNIN), Datuk Azman Amin Hassan berkata, empat negeri tersebut Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.
Katanya, pengarah JPNIN di semua negeri terutamanya empat negeri tersebut sudah diarahkan memantau dan mengumpulkan maklumat lengkap bagi menambah RT di kawasan yang memerlukan pengawasan.
“Tumpuan juga akan diberikan kepada kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


SIJIL PENDAFTARAN PPPV 26 FEBRUARI 2006

Antara isu keutamaan yang diberi tumpuan khusus oleh Jawatankuasa Penaja Penduduk Fasa 3A Jalan Platinum sewaktu mula dibentuk pada 2005 ialah pentingnya mendaftarkan persatuan dengan pihak berkuasa.
Syukur Alhamdulillah, berkat kesungguhan, komitmen dan kesudian semua jiran tetangga, matlamat ini berjaya dicapai dengan cemerlangnya dalam tempoh waktu yang disasarkan.
Kita yakin dengan platform persatuan penduduk yang berdaftar secara sah dengan pihak berkuasa, segala aktiviti kita akan lebih mudah dilaksanakan dan berkesan.
Kejayaan ini juga membuktikan penduduk di Fasa 3A ini mampu mencapai kata muafakat dan komitmen dalam melaksanakan sesuatu program, misalnya dalam sasaran mendaftarkan persatuan ini. Ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan, sebagaimana terjadi kepada sebilangan perwakilan penduduk lain yang sehingga ke hari ini belum dapat mendaftar pun persatuan.
Namun, penduduk Fasa 3A telah membuktikan segala rintangan, halangan dan cabaran boleh diatasi serta ditangani sehingga sijil itu diperolehi. (Click pada gambar untuk membesarkan dokumen)

Nama Platinum Villa diilhamkan oleh Sdr Hussain Mian, selaku pengerusi penaja persatuan penduduk bagi memberi kita satu identiti khusus dan cepat dikenali apabila berhubung dengan pihak lain. Insyallah, ada satu cadangan untuk membina satu papan tanda Platinum Villa di simpang utama Jalan Platinum 7/44 yang mungkin memerlukan undi persetujuan penduduk sebelum boleh dilaksanakan kelak.

Surat Jiran Kita

SURAT 1:

Mungkin kita patut menghantar terus surat aduan tentang masalah pembinaan rumah yg sedang dihadapi kpd bos no.1 supya beliau tahu apa yg telah dilakukan oleh pekerja bawahannya.
Pengisian surat itu mestilah b'unsur provocative agar tindakan sewajarnya segera diambil. Perkara sebegini tidak sewajarnya dipandang ringan kerana ia m'babitkan kos beribu2 ringgit kpd pembeli..dan ini sama sekali tidak sepatutnya berlaku!
Mari kita sama2 b'ganding bahu m'buktikan bhw Persatuan Pddk juga m'punyai hak utk menyuarakan aduan & pandangan agar kita sbg pembeli tdk terus menerus dipermainkan oleh pihak pengurusan yg bebal di organisasi yg kononnya m'amalkan sikap produktif kpd pelanggannya...
Sama2 lah kita m'beri sokongan kpd pihak PPPV dlm m'bela nasib pddk sekitarnya..
Kita mesti sedar bhw semangat kejiranan yg semakin pupus di era millenium ini seharusnya dipupuk kembali bkn shj utk kepentingan individu tetapi juga bg m'bentuk sebuah masyarakat yg harmoni, b'tamadun & t'pelajar..

Salam drpd saya,
Anak Tuan Major (B) Ibrahim Hashim
December 23, 2007 12:36 AM

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
SURAT 2:

First and foremost, thank to the committee with their effort PPPV exist and organize this program. I would like to suggest, the committee to gather all the member info and update in the blog from time to time. Almost 3 years we are staying in this area, but I presumed not all we know each other. By using this forum and PPPV, it will help us to know better each other and easy for us to organize any programs in future.

Unfortunately, myself and family will not around on that date maybe some other time we will get together, insyallah.

Congratulation!!

Ir Abdul Rashid Yusak
Jalan 7/44

17 Dec 2007
-----------------------------------------------------------------
PPPV respond :

Thank you Sdr Abdul Rashid for your good suggestion. We shall discuss it but a way must be established as not to reveal `too much' info in the public blog. A certain type of security is needed. May be we have to create another link that require password to enter. This way, all the personal data won't be abuse. Meanwhile, please forward your suggestion or a copy of your complains to PPPV by e-mail to 7platinum@gmail.com (please state your full name, address and contact number)

We would like to wish everyone SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI @ Korban @ Aidil Adha on 20 Disember and also to our Christian neighbours, Merry Christmas ! And A HAPPY NEW YEAR... 2008!

May we live in harmony forever!

Yours,

Assistant Hon. Secretary PPPV

TEKS UCAPAN PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK PLATINUM VILLA


Sempena Malam Ramah Mesra Penduduk 22 Disember 2007

Asalamualaikum w.b.t
Tuan-tuan & Puan-puan,


Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesudian tuan-tuan & puan-puan, jiran yang dihormati sekalian ke majlis ramah-mesra kita ini.
Kami maklum, ramai di antara kita akan mengambil kesempatan dalam masa cuti perayaan yang panjang ini dari Raya Aidil Adha hingga ke Krismas pada Selasa ini, untuk pulang ke kampung atau bercuti ke lain-lain tempat. Walaupun begitu, setelah difikir dan dibincangkan bersama para ahli jawatankuasa persatuan penduduk, program ini kami teruskan juga kerana khuatir jika ditangguh lagi, terus tidak menjadi pulak nanti.
Adapun matlamat menganjurkan program ramah-mesra ini, tidak lagi tidak bukan adalah bagi kita sesama jiran tetangga di Fasa 3A, Jalan Platinum 7/44 hingga Platinum 7/47 untuk saling lebih mengenali antara satu sama lain. Ia sejajar dengan seruan agama dan kerajaan supaya jiran tetangga menjadi lebih rapat dalam usaha memupuk persaudaraan tetapi juga mengadakan kawalan keselamatan di peringkat awal.


LATAR BELAKANG

Secara ringkas, ingin saya ceritakan serba-sedikit sejarah penubuhan PPPV. Setelah projek ini siap sekitar Disember 2004, PKNS mula memberikan kunci rumah kepada kita bermula akhir bulan Februari 2005.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR ACARA MALAM RAMAH MESRA PPPV 22 Disember 2007

PERHATIAN : ANDA BOLEH CLICK PADA GAMBAR UNTUK MEMBESARKANNYA DAN DIBENARKAN DOWNLOAD KE KOMPUTER ANDA UNTUK PROSES `MENCUCI' SENDIRI. KOS CUCI GAMBAR TIDAK DISERTAKAN. HANYA GAMBAR PERCUMA.
Dari gayanya, rambutnya, senyumnya... Ini sah bukan M. Nasir atau seniman jalanan. Ini Apyan Idris. Tuan rumah yang bermurah hati menyediakan kemudahan bagi PPPV mengadakan aktiviti program ramah-mesra 2007. Tengkiyu bosshhhh!......... Yang seluar petak-petak ni pernah memasang impian menjadi pemain golf. Namun Sdr Mohd.Rakesh memilih kerjaya lain dan hobi masa lapangnya ialah memancing dan memanggang ikan yang dipancingnya, seperti gambar di atas.

Acara Penyembelihan Lembu Sempena Aidil Adha anjuran PPPV 22 Disember 2007 mula 9pagi

PERHATIAN : ANDA BOLEH CLICK PADA GAMBAR UNTUK MEMBESARKANNYA DAN DIBENARKAN DOWNLOAD KE KOMPUTER ANDA UNTUK PROSES `MENCUCI' SENDIRI. KOS CUCI GAMBAR TIDAK DISERTAKAN. HANYA GAMBAR PERCUMA!



haaa... inilah jurugambar bidan terjun untuk acara ini. Ini berikutan jurugambar tetap kena uruskan hal Langit Ketujuh pagi tu! Jadi jurugambar bidan terjun ni pun beraksi lah depan jeniperlopes. ehh... Zul... kau nak lari mana lak tu?
Saat-saat akhir makhluk bernama jeniper lopes....

PERMOHONAN MELALUI PPPV

(CLICK PADA DOKUMEN UNTUK MEMBESARKAN GAMBAR)



Melalui forum blog ini, kami sedaya upaya cuba mengamalkan pendekatan seberapa telus yang boleh dalam kami memberi maklumat kepada jiran tetangga tentang setiap langkah dan tindakan yang dilakukan atas nama menambah baik tahap kehidupan kita di bandaraya Anggerik yang kita cintai ini. Dua surat di atas (sila klik pada gambar untuk membesarkannya) merupakan gerak tindak PPPV bagi membendung gejala pecah rumah dan juga menghalang pemanduan terlampau laju di kawasan perumahan ini. Di bawah adalah jawapan daripada MBSA mengenai permintaan lampu di lorong belakang.


JEMPUTAN TERBUKA

PERSATUAN PENDUDUK PLATINUM VILLA
(Fasa 3A Jalan Platinum 7/44 hingga 7/47, Seksyen 7, Shah Alam)


Jawatankuasa Persatuan Penduduk Platinum Villa berbesar hati ingin menjemput Tuan/ Puan/ Datuk/ Datin ke majlis perjumpaan dan ramah-mesra sesama penduduk di sini :

TEMPAT : Taman permainan Jalan Platinum 7/44
TARIKH : 22 Disember 2007 (SABTU)
WAKTU : Bermula jam 8.30 malam-11malam.

Kehadiran para penduduk sekalian amat dialu-alukan kerana selain mengadakan perjumpaan, beramah-mesra dan bersuai kenal, majlis ini juga boleh menjadi platform untuk kita semua berpeluang menyuarakan isu-isu perumahan, terutamanya berkaitan aspek keselamatan rumah dan lalu lintas di kawasan perumahan.

Bagi penduduk yang bermurah hati untuk sama-sama memberi sumbangan berbentuk wang atau penajaan makanan, boleh berhubung dengan Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Majlis, Sdr Hussain Mian dengan menghantar e-mel ke alamat : 7platinum@gmail.com.

Anda juga boleh melayari blog http://7platinum.blogspot.com/

ATURCARA
08.30pm : Ketibaan para penduduk
: Bacaan Doa Selamat
: Ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk Platinum Villa
: Jamuan
11.00pm : Bersurai



Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MESYUARAT 28 JULAI 2006 : CADANGAN TINDAKAN MAHKAMAH KE ATAS PKNS


Sdr Hussein selaku pengacara majlis.

SIARKAN MASALAH KITA DALAM UTUSAN MALAYSIA!

SEMASA dalam mendesak PKNS melakukan kerja-kerja membaik pulih dengan kaedah lebih baik dan bermutu, tiba-tiba AJK persatuan mengesan satu masalah besar. Rupa-rupanya kerangka bumbung rumah kita dibina tidak standard. Ada menggunakan keluli, ada menggunakan kayu. Setelah dikaji lebih mendalam, terdapat kemungkinan pembinaan menggunakan kayu menjadi punca struktur bumbung tidak stabil yang sering menjadi punca pergerakan genting sehingga mengakibatkan apabila hujan lebat, air mencurah masuk ke dalam. Kajian ke atas dokumen S&P mendapati wujud ketidaksamaan. Paling ketara ialah pemilik rumah yang didapati rumahnya menggunakan kayu, telah dicatat dalam S&P sebagai menggunakan keluli.

Surat tuntutan telah dikemukakan kepada PKNS tetapi tidak dilayan. Langkah kedua ialah mengeluarkan kenyataan dalam akhbar Utusan Malaysia yang terbit dalam ruangan FORUM PEMBACA bertarikh 21 Jun 2006.

--------berikut adalah salinan laporan yang dipetik dari laman web :
(sila klik untuk dapatkan salinan origional)
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0621&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_03.htm&arc=hive

Penduduk Platinum kesal bumbung rumah bocor
KAMI, ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Platinum Villa, Jalan Platinum Seksyen 7, Shah Alam melahirkan kekesalan kami terhadap sikap tidak profesional Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam menangani aduan kerosakan rumah yang telah dibeli.
Setelah menduduki rumah ini yang berharga minimum RM270,000 sebuah maka kami diberikan kunci menduduki pada Mac 2005.
Kami mula mengesan tahap pembinaan rumah yang tidak menepati piawaian terutama daripada segi struktur bumbung.
Ini terutama semasa hujan lebat dan didapati hampir setiap blok rumah menghadapi masalah bumbung bocor.
Persatuan penduduk di sini telah menghantar satu memorandum menyatakan masalah secara terperinci.
PKNS tidak menjawab kepada persatuan, sebaliknya memilih untuk menghubungi secara individu penduduk yang terbabit. Maka, pembaikpulihan dibuat oleh kontraktor yang dilantik oleh PKNS.
Malangnya, ia bagai ‘tikus membaiki labu’. Sekurang-kurangnya dua rumah terpaksa dibaik pulih lebih daripada dua kali kerana jelas tahap kepakaran pada kontraktor PKNS sangat rendah.
Pekerja yang diguna adalah warga Indonesia yang juga membuat kerja-kerja am yang lain.
Kami ingin tahu apakah struktur asal bumbung yang dibina oleh PKNS sendiri bermasalah?.
Jika tidak, mengapa selepas dibaikpulih pun, kebocoran masih berulang? Apakah cara untuk membaikpulihnya ialah dengan membuka keseluruhan bumbung dan memasang kerangka yang baru sama sekali?
Kami mahu jawapan dan tindakan dari PKNS. Pada 9 Jun 2006, kami telah meminta perjumpaan bersemuka dengan pihak PKNS.
Tiada jawapan rasmi daripada PKNS sehingga 19 Jun lalu.
Ini menunjukkan PKNS tidak menghormati persatuan penduduk yang juga merupakan para pelanggannya.
Kami bimbang jika masalah struktur bumbung rumah di Jalan Platinum 7 tidak ditangani dengan sewajarnya oleh PKNS, ia pastinya sudah terlambat bila berlaku kemalangan melibatkan penduduk di sini.
Sebagai sebuah badan kerajaan yang telah mencapai ISO90001, sepatutnya PKNS memenuhi kepuasan pelanggan. Apa yang berlaku adalah sebaliknya.
PERSATUAN PENDUDUK PLATINUM VILLA,
Shah Alam, Selangor.
© UTUSAN MELAYU (M) BHD., 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.E-mail:
online@utusan.com.my
-----------------------------------------------------------------------

PKNS mengambil masa juga untuk menjawab aduan dalam akhbar tersebut dan tersiar pada 4 Julai 2006 yang ditandatangani oleh Pegawai Perhubungan Awamnya, En MOHD. WAZIR ABDUL GANI (yang juga jiran kita dan duduk di Fasa 1 Jalan Platinum).
Sila Klik dibawah untuk salinan origional :
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0704&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_05.htm&arc=hive


PKNS perjelas aduan penduduk
MERUJUK aduan Persatuan Penduduk Platinum Villa yang disiarkan pada 21 Jun 2006 lalu mengenai kekesalan terhadap Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam menangani kerosakan rumah mereka menarik perhatian.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas teguran yang dikemukakan.
Aduan yang dimaksudkan pengadu itu berkaitan dengan rumah teres dua tingkat, fasa 3A, Seksyen 7 Shah Alam yang mengandungi 157 unit.
PKNS sentiasa menangani dan memantau setiap aduan yang dikemukakan oleh penduduk sejak mereka mengambil kunci daripada kami.
Mengenai aduan bumbung bocor, dimaklumkan bahawa PKNS telah melantik empat kontraktor bagi menangani masalah ini. Kerja pembaikan yang terpaksa dilakukan lebih daripada sekali adalah disebabkan kegagalan kontraktor mengesan punca kebocoran. Perkara ini dapat dikesan apabila musim hujan yang amat lebat. Perkara ini turut diakui oleh pihak pembeli.
Berhubung soal aduan pembaikan tidak melalui persatuan penduduk, PKNS selaku pemaju perumahan projek tersebut bertanggungjawab secara terus dan terikat dengan setiap pemilik secara individu seperti yang termaktub dalam dokumen perjanjian jual beli antara PKNS dan pembeli.
Bagaimanapun, sebahagian daripada kerja pembaikan ini telah pun siap dan akhirnya semua laporan aduan akan dimaklumkan kepada pihak pembeli.
Diminta pengadu dapat menghubungi biro aduan di bahagian perhubungan awam sekiranya timbul lagi sebarang masalah.
MOHD. WAZIR ABDUL GANI,
Pegawai Akhbar, PKNS.

--------------------------------

Jiran-jiran tetangga semua,
Tatapilah dan renunglah sejenak butiran-butiran jawapan daripada PKNS di atas. Ia adalah satu-satunya agensi kerajaan negeri yang tidak mengiktiraf fungsi persatuan penduduk. Masa nak market rumah ni, segala pujuk rayu, manis mulut mempelawa kita menjadi pelanggannya. Bila dah beli dan didapati mutu pembuatan tidak mencapai piawaian, payah betul hendak mendapat layanan wajar. Di kala pentadbiran Putrajaya sibuk mencanangkan budaya Indeks Prestasi Utama (KPI) yang antara lain turut menggariskan kaedah memenuhi dan menangani kepuasan pelanggan, nampaknya ada juga pihak yang kebal dan bebal dalam menuruti perintah am Kerajaan Pusat. Apakah salah orang yang memberi arahan atau salah orang yang tidak mahu menerima arahan? Jadi apa resolusi seterusnya di pihak PPPV?

Piagam Pelanggan PKNS
------------------------------------
Piagam Pelangan PKNS menuntut setiap anggotanya "sentiasa bersedia memberi perkhidmatan yang mesra, produktif, proaktif, berkesan dan menghasilkan produk pembangunan hartanah yang berkualiti " di dalam bidang Perkhidmatan Kontrak, Bekalan, Perkhidmatan Jualan, Khidmat Selepas Jualan dan Perkhidmatan Kaunter.

PERHIMPUNAN PENDUDUK AWAL PPPV PADA 2005


Sdr Zulkifli (berkopiah kiri) mengepalai
acara bacaan doa selamat yang simple.

Barbeque lebih ramai yang menolong
nengok daripada memasak?

Antara isu-isu awal yang berbangkit





DETIK MULA PEMBENTUKAN PERSATUAN OGOS 2005

Sdr Zulkifli memperkenalkan diri pada sesi pertama pembentukan persatuan. Makanan dan juadah di atas meja tu, disediakan oleh Sdr Hussein (baju merah) dan Sdr Yahaya (dua dari kanan) serta Sdr Ismail (berkopiah).
2) Antara jiran-jiran yang hadir.
3) Sdr Syukor bersama anaknya dan jejaka handsome tersenyum manja itu ialah Sdr Effendi.
4) ``Saya menyokong penubuhan persatuan tetapi saya tidak dibenarkan menjawat jawatan...'' agaknya kata-kata Sdr Zulkifli yang begitu khusyuk rakan-rakan jiran mendengarnya.

BAGI sebilangan daripada kita, rumah di Fasa 3A Jalan Platinum Seksyen 7 ini berkemungkinan merupakan pelaburan rumah yang pertama atau yang terbaik selepas mendiami rumah yang tiada laman atau tempat meletak kereta yang selesa apalagi untuk anak-anak yang membesar bebas bermain dengan rakan-rakan sebaya mereka.
PKNS mengambil sedikit masa untuk menyiapkan keseluruhan projek kerana dalam jadual asal, ia sepatutnya disiapkan pada November atau Disember 2004 dan kunci boleh mula diserahkan kepada pembeli menjelang Januari 2005. Namun, kelewatan itu berlarutan sehingga akhir Februari 2005 dan sesetengah daripada kita menggunakan kekuatan diplomasi masing-masing untuk mendapatkan kunci. Ini terutamanya kalangan jiran yang mahu mengubahsuai rumah sebelum mendudukinya.
Di antara Mac 2005 hingga November 2005, dianggarkan hanya 50 peratus sahaja rumah di Fasa 3A telah didiami. Sebahagiannya sedang diubahsuai, ada juga yang menanti untuk disewa dan sebilangan kecil belum terjual atau sudah terjual tetapi pemiliknya berhasrat untuk menjualnya semula dalam tempoh setahun dua.
Idea untuk menubuhkan persatuan penduduk sememangnya terbit di kepala hampir semua pembeli rumah. Ini kerana publisiti mengenai kebaikan berpersatuan telah disebarkan menerusi media massa. Dalam konteks ini, beberapa kalangan jiran yang telah selamat mendiami rumah pada enam bulan pertama telah mengambil inisiatif mengajak mereka yang sudah tinggal di situ ketika itu untuk duduk bermesyuarah bagi menubuhkan persatuan.
Pada Ogos 2005, Sdr Hussain Mian disokong oleh Sdr Yahaya, Sdr Malibabu, Sdr Zulkifli memulakan gerakan dari pintu ke pintu menjemput jiran-jiran berhimpun. Pada 26 Ogos 2005, cadangan asal untuk mengadakan perbincangan di taman Jalan 7/44 terpaksa dibatalkan berikutan hujan mula turun. Dalam sepantas kilas, Sdr Saiful menawarkan halaman rumahnya yang berbumbung.
Dalam mesyuarat itu, hadirin kira-kira seramai 17 orang pemilik rumah bersetuju melantik jawatankuasa penaja untuk menjadi tonggak ke arah merealisasikan pembentukan sebuah Persatuan Penduduk yang didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 6 bulan. Secara kolektifnya juga, hadirin bersetuju memilih nama Persatuan Penduduk Platinum Villa bagi membezakan Fasa 3A dengan lain-lain fasa di Jalan Platinum 7 itu.
Saat-saat yang menggembirakan terpampang di wajah mereka yang hadir malam itu kerana secara tidak langsung, pertemuan itu juga memperkenalkan 16 sahabat baru.

Persatuan Penduduk Platinum Villa, Seksyen 7, Shah Alam

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pertamanya, ruangan blog ini dimulakan khusus bagi menyebarkan maklumat mengenai persekitaran, keselamatan dan hal ehwal kejiranan semata-mata di Jalan Platinum 7/44 hingga Jalan Platinum 7/47, Shah Alam.

Segala maklumat yang disiarkan adalah daripada Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Platinum Villa (PPPV) bagi sesi 2006/2008 dan jika anda ingin memberi reaksi/ maklum balas bolehlah menghantar kenyataan anda.

Memandangkan ini bukanlah wadah untuk berpolitik atau tujuan mengaut keuntungan atau keagamaan, melainkan hal ehwal kejiranan, maka disaran jiran-jiran semua mematuhi prinsip RUKUNEGARA semasa mengeluarkan kenyataan (pentadbir blog ini sedaya-upaya untuk tidak menyaring, memotong atau mengubah ayat asal anda kecuali jika perkataan itu jelas lucah, menghina, memfitnah dan apa-apa yang difikirkan negatif). Ini demi menjamin kesejahteraan kita semua hidup dalam satu taman perumahan yang memiliki pelbagai latar belakang, agama, bangsa dan kecenderungan sahsiah.

Blog ini diwujudkan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat semasa, bagi kemudahan semua pihak berkomunikasi. Kita juga mengalu-alukan reaksi atau maklum balas daripada pihak berwenang di dalam menyampaikan mesej mereka di dalam blog ini.

Sekian,

JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

PENOLONG SETIAUSAHA PPPV